Saturday 18 June 2011

Where were YOU?

Assalamualaikum semua...

Masih BLUR tentang INDIA?

JOM, KITA kongsi sedikit info tentang negara di Asia Selatan ni.

Kita akan cerita sikit2 apa yang berkaitan yang anda semua... untuk info lebih detail, boleh laa GOOGLE ye?


Peta INDIA. Sumber  whereincity.com

Negara INDIA sangat besar dengan penduduknya 1.2 billion... negara kita hanya 1/6 daripada populasi INDIA! Kalau di Malaysia, kita senang bertemu dengan golongan pertengahan. Namun, di India, golongan yang mudah kita terserempak adalah golongan bawahan. Mungkin kerana penduduk yang ramai, persaingan pun tinggi. Selain daripada faktor kasta yang pernah wujud yang meninggalkan kesan hingga ke hari ini. 


p/s: Jangan terkejut kalau anda juga menjadi mangsa sistem kasta mereka >__<


Peta KARNATAKA. Sumber: travelindia-guide.com

Seterusnya, kita akan bercerita tentang di mana pelajar-pelajar Malaysia berada.

Sehingga ke hari ini (menurut pengetahuan penulis) pelajar2 Malaysia ditempatkan di negeri yang namanya KARNATAKA. Karnataka ni, hampir sama macam Semenanjung Malaysia dari segi saiznya. Sebabnya, dari Bangalore nak ke Belgaum, makan masa 12 jam menaiki bas, macam dari JB dan ke Kangar (tanpa mengambil kira faktor jalan di India). 
Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda menziarahi rakan-rakan anda sepanjang keberadaan anda di sana kerana accesibility yang tidak dapat dinafikan. Cuma, mungkin yang berbeza adalah dari segi jenis pengangkutan awam yang diambil yang akan mempengaruhi tempoh perjalanan anda.
Tapi, jangan bimbang. Allah sendiri dah ingatkan pada kita agar apabila berjalan di muka bumi ciptaanNya, ambillah pelajaran daripada apa yang kita lihat. Kerana itulah, makin jauh perjalanan, insyaallah akan semakin menambah iman....


Berdasarkan taburan semasa, pelajar-pelajar Malaysia ditempatkan di (bermula dari selatan ke utara):

Mysore: 
JJS Dental College

Bangalore: 
MSU-IMS / MS Ramaiah Medical College

Kolar: 
Sri Devaraj Urs Medical College

Mangalore City: 
Kasturba Medical College, Manipal College of Dental Science

Mangalore Village: 
Yenepoya Medical College, KS Hegde Medical College, AB Shetty Memorial Institute of Dental Science

Udupi:
Melaka Manipal Medical College, Kasturba Medical College

Devanagere:
Jagadguru Jayadeva Murugarajendra Medical College

Belgaum:
Jawaharlal Nehru Medical College
USM-KLE Medical College



Ok, sampai sini dulu...
Anda boleh la semak di mana anda ditempatkan.
Next post, kita cerita perkara yang anda ingin tahu...
Jadi, silalah bertanya ^__^

Wassalam




P/S: jika ada info tambahan, silalah tambah ye... sebab info di atas tu berdasarkan catatan perjalanan penulis ...

1 comment:

  1. ada satu uni kat KARAD, Maharashtra, state lain dr karnataka... ktaowg stdy kt cnie KRISHNA INSTITUTE OF MEDICAL SCIENCES UNIVERSITY(KIMS) pastu ade gak student mesia kat state Tamil Nadu,Vinayaka Mission Uni kt Salem. tp skg Jpa da x antar start 2010 intake

    ReplyDelete